Isnin, 3 Februari 2014

WE ARE GOING TO OUR END

This Chinese New Years leave I went to visit my mother at my home town nearly 200 km and visit my daughter who is in her industrial training for her Diploma in Fishery. What I am going to tell here is not the visiting. It is how ages is realy matter know. At the ages of 54 we are not fit to travel in the long period. For 3 days traveling is realy getting me tired. The feeling cames to me recently. Its make me think I am going to the end of my days in the world. Prophet Muhamad saw had said,"We are only traveler in this world, the world where we are collecting amunition for preparation to the here after your real home town." Feeling the ache of your body bringing only one thing, you must collectting faster your amunition. It only matter for who can think....

Selasa, 9 Ogos 2011

Hebat sangatkah kita?

Menjadi ketua adalah satu tanggungjawab yang berat. Kata-kata yang keluar dari mulut boleh memberi kesan yang besar atas orang bawahan kita. Kesan yang baik adalah bagus. Bagaimana kalau kata-kata kita itu memberi kesan yang dirasai sampai kehati. Bagaimana sekiranya kata-kata kita itu memberi aib kepada bawahan kita. Kita mungkin tidak menyedarinya. Berfikirlah sebelum kita berkata-kata. Jangan berasa seronok kerana ramai yang mendengar kata-kata kita. Berhati-hatilah dengan perkataan yang keluar dari mulut kita. Kalau dulu-dulu kata-kata kita boleh diterima sebagai gurauan. Dengan kedudukan kita yang lebih atas, kata-kata kita mungkin menjadi duri. Ia mungkin memberi kesan yang berbeza sebagaimana kita harapkan.

Fikir-fikirkanlah.....

Rabu, 29 Jun 2011

Mari Fikirkan Semula

Sudah lama rasanya tidak menulis. Kesibukan apakah sehingga tidak ada kesempatan untuk menjengok blog. Masih lagi tercari-cari arah tuju blog ini. Terlalu banyak perkara yanga hendak dikongsikan dengan rakan-rakan. Kadang-kadang membaca blog rakan-rakan lain menimbulkan keterujaan. Tetapi sementara sahaja.
Fokus belum ada lagi.

Ahad, 9 Mei 2010

SUKARNYA HENDAK BERLAKU ADIL

Kes seorang pelajar berumur 15 tahun telah menjadi tajuk berita besar sejak akhir-akhir ini. Kita telah mendengar berbagai-bagai dakwaan dan pandangan dari perlbagai lapisan masyarakat. Rakyat bawahan sehinggalah ahli politik. Saya setuju ahli politik campurtangan kerana kerja mereka adalah mempastikan keadilan ditegakkan. Apa yang amat mengecewakan adalah kita hanya bercakap sahaja mengenai keadilan tetapi kita masih lagi dipengaruhi oleh sifat-sifat ahli politik yang bias.

Tidak perlulah kita bahaskan siapa yang lebih alim dan baik. Tidak perlulah kita menuding siapa yang bersalah. Setiap kejadian mestilah ada sebab musababnya. Kita tahu polis berhadapan dengan risiko kerja yang amat besar, bukan sahaja risiko nyawa tetapi juga risiko dalam membuat keputusan. Mereka mengambil keputusan berdasarkan situasi yang dialami. Orang lain boleh bercakap memberi pandangan tetapi mereka sendiri yang menghadapi situasi yang genting itu.

Yang penting kita bincangkan sama ada keputusan yang dibuat adalah betul pada masa itu. Tidak ada polis yang mahu membunuh manusia sewenang-wenangnya. Saya yakin polis yang menembak tentu berasa kesal.

Kita hendaklah memberi keadilan kepada polis juga.

Fikir-fikirkanlah..........

Khamis, 29 April 2010

SIAPA KITA DALAM ORGANISASI

Seorang pekerja NASA sedang memasang skru pada roket yang akan dilancarkan keangkasa. Seorang wartawan bertanya, "Apakah yang sedang kamu buat."
"Aku sedang memasang skru." jawap pekerja itu tanpa memandangkan kepada wartawan.
Wartawan tersebut hanya diam dan berjalan menuju kepada seorang pekerja yang sedang membuat kerja yang sama.
"Apakah yang sedang kamu lakukan." tanya wartawan itu kepada pekerja itu.
"Aku sedang menghantar angkasawan ke angkasa." ringkas sahaja jawapnya.

Apakah yang dapat kita fikirkan dengan cerita tersebut. Cerita ini mungkin betul dan mungkin juga tidak betul. Tetapi kita masih boleh belajar sesuatu.

Apa itu...........fikirkanlah.......

Khamis, 22 April 2010

Mari Kita Mulakan Balik

Hampir setengah tahun saya tidak menulis. Walaupun sebenarnya kerja saya sememangnya menulis. Menulis laporan. Lama saya tidak menulis dalam blog ini. Memulakan semula adalah perkara yang amat berat hendak dilakukan. Untuk mendapat balik momentum adalah amat sukar sekali. Kata orang menulis tidak perlu tunggu "mood". Menulis tidak perlu tunggu momentum. Disiplin amatlah penting. Ada idea tetapi tidak ada disiplin tidak juga kemana. Azam saya hendak duduk menulis setiap malam sama ada saya ada idea atau tidak. Sebenarnya kalau saya membuka balik catatan lama, banyak idea yang telah saya catatkan. Saya hanya perlu membaca dan mengingatnya semula.

Sejak akhir-akhir ini saya banyak peluang untuk menghubungi rakan-rakan sekolah. Ada yang saya berpeluang berjumpa setelah 27 tahun berpisah. Rasa macam baru sahaja meninggalkan alam persekolahan. Bau sekolah masih lagi terasa.

Itu sebab blog ini baru-baru ini dipenuhi dengan gambar semasa sekolah. Mudah-mudahan kalau ada yang rasa mukanya dalam gambar bolehlah hubungi semula. Semuga tali silaturrahim dapat diperkukuhkan.

Jumaat, 19 Jun 2009

PAS AKAN MENJADI SEPERTI GERAKAN ISLAM DI AFGHANISTAN

Apakah PAS akan menjadi seperti gerakan Islam di Afghanistan. Mereka adalah pejuang-pejuang Islam yang hebat semasa penjajahan Soviet Union. Apabila kemenangan dicapai tiba-tiba mereka tidak boleh bekerjasama.Tambahan pula musuh dalam selimut yang mereka tidak sedari telah melaga-lagakan mereka.


Semasa berjuang menentang tentera Soviet mereka boleh bekerjasama atas nama Islam. Apabila mereka menang,mnereka tidak boleh bersatu atas nama Islam. Masing-masing merasakan mereka di jalan yang benar.


Inilah yang berlaku pada PAS sekarang. Kemenangan sudah di ambang pintu dan mereka merasakan strategi mereka sahaja yang betul. Bukan lagi pertolongan dari Allah. Mana sikap rendah diri yang ada selama ini. Mereka semakin tidak menghormati Presiden yang mereka lantik. Penasihat yang sudah tidak faham peranannya. Apabila ketua tidak dihormati maka apa lagi yang tinggal melainkan kehancuran.


Untuk Afghanistan Allah datangkan Taliban untuk menjadi orang tengah. Sehingga kini golongan yang bertelagah tidak mampu lagi bangkit untuk bersaing.


Tidak mustahil Allah akan datangkan Taliban Malaysia untuk menghapuskan kedua-dua golongan yang cuba menegakkan benang basah masing-masing. Tidak ada perasaan untuk musyawarah.


Perasaan tawadu’ sudah hilang. Apa yang dipentingkan sekarang hanya kemenangan bukan penyatuan/perpaduan. Seolah-olah kemenangan itu hak mereka. Mereka lupa Allah yang menentukan kita menang atau kalah.


Elok juga Allah datangkan Taliban Malaysia untuk menutup mulut kedua-dua golongan ini.
Lupakah kita bahawa pengikut-pengikut mazhab pernah bergaduh kerana mengatakan Imam mereka lebih betul. Sedang Imam mereka tidak pula berbalah. Tidak mustahil ia akan berlaku dalam PAS. Masalahnya dalam PAS Imam yang bergaduh dan tidak mustahil pengikut setia akan ikut sama. Yang hancur Islam.


Tidak mustahil akan muncul Taliban Malaysia.


Fikir-fikirkanlah………………….