Jumaat, 19 Jun 2009

PAS AKAN MENJADI SEPERTI GERAKAN ISLAM DI AFGHANISTAN

Apakah PAS akan menjadi seperti gerakan Islam di Afghanistan. Mereka adalah pejuang-pejuang Islam yang hebat semasa penjajahan Soviet Union. Apabila kemenangan dicapai tiba-tiba mereka tidak boleh bekerjasama.Tambahan pula musuh dalam selimut yang mereka tidak sedari telah melaga-lagakan mereka.


Semasa berjuang menentang tentera Soviet mereka boleh bekerjasama atas nama Islam. Apabila mereka menang,mnereka tidak boleh bersatu atas nama Islam. Masing-masing merasakan mereka di jalan yang benar.


Inilah yang berlaku pada PAS sekarang. Kemenangan sudah di ambang pintu dan mereka merasakan strategi mereka sahaja yang betul. Bukan lagi pertolongan dari Allah. Mana sikap rendah diri yang ada selama ini. Mereka semakin tidak menghormati Presiden yang mereka lantik. Penasihat yang sudah tidak faham peranannya. Apabila ketua tidak dihormati maka apa lagi yang tinggal melainkan kehancuran.


Untuk Afghanistan Allah datangkan Taliban untuk menjadi orang tengah. Sehingga kini golongan yang bertelagah tidak mampu lagi bangkit untuk bersaing.


Tidak mustahil Allah akan datangkan Taliban Malaysia untuk menghapuskan kedua-dua golongan yang cuba menegakkan benang basah masing-masing. Tidak ada perasaan untuk musyawarah.


Perasaan tawadu’ sudah hilang. Apa yang dipentingkan sekarang hanya kemenangan bukan penyatuan/perpaduan. Seolah-olah kemenangan itu hak mereka. Mereka lupa Allah yang menentukan kita menang atau kalah.


Elok juga Allah datangkan Taliban Malaysia untuk menutup mulut kedua-dua golongan ini.
Lupakah kita bahawa pengikut-pengikut mazhab pernah bergaduh kerana mengatakan Imam mereka lebih betul. Sedang Imam mereka tidak pula berbalah. Tidak mustahil ia akan berlaku dalam PAS. Masalahnya dalam PAS Imam yang bergaduh dan tidak mustahil pengikut setia akan ikut sama. Yang hancur Islam.


Tidak mustahil akan muncul Taliban Malaysia.


Fikir-fikirkanlah………………….

1 ulasan:

CPITONG berkata...

Saya amati dikampung saya, pas yang memerintah tiada bezanya dengan umno dahulu. Jika dulu dimasjid penuh dgn warna hitam skrg penuh dgn warna putih. Bukan kerana waran hitam sudah convert ke warna putih, tetapi hitam disisihkan. Putih tak bagi can. Kronisme tetap berlaku, seperti semasa pembahagian hadiah hari raya.. orang terjamin gaji bulanan layak menerima hadiah berbanding orang kg yg kais pagi makan pagi, kalau hujan makan ubi..

Bukan silapnya Islam...