Ahad, 9 Mei 2010

SUKARNYA HENDAK BERLAKU ADIL

Kes seorang pelajar berumur 15 tahun telah menjadi tajuk berita besar sejak akhir-akhir ini. Kita telah mendengar berbagai-bagai dakwaan dan pandangan dari perlbagai lapisan masyarakat. Rakyat bawahan sehinggalah ahli politik. Saya setuju ahli politik campurtangan kerana kerja mereka adalah mempastikan keadilan ditegakkan. Apa yang amat mengecewakan adalah kita hanya bercakap sahaja mengenai keadilan tetapi kita masih lagi dipengaruhi oleh sifat-sifat ahli politik yang bias.

Tidak perlulah kita bahaskan siapa yang lebih alim dan baik. Tidak perlulah kita menuding siapa yang bersalah. Setiap kejadian mestilah ada sebab musababnya. Kita tahu polis berhadapan dengan risiko kerja yang amat besar, bukan sahaja risiko nyawa tetapi juga risiko dalam membuat keputusan. Mereka mengambil keputusan berdasarkan situasi yang dialami. Orang lain boleh bercakap memberi pandangan tetapi mereka sendiri yang menghadapi situasi yang genting itu.

Yang penting kita bincangkan sama ada keputusan yang dibuat adalah betul pada masa itu. Tidak ada polis yang mahu membunuh manusia sewenang-wenangnya. Saya yakin polis yang menembak tentu berasa kesal.

Kita hendaklah memberi keadilan kepada polis juga.

Fikir-fikirkanlah..........

Khamis, 29 April 2010

SIAPA KITA DALAM ORGANISASI

Seorang pekerja NASA sedang memasang skru pada roket yang akan dilancarkan keangkasa. Seorang wartawan bertanya, "Apakah yang sedang kamu buat."
"Aku sedang memasang skru." jawap pekerja itu tanpa memandangkan kepada wartawan.
Wartawan tersebut hanya diam dan berjalan menuju kepada seorang pekerja yang sedang membuat kerja yang sama.
"Apakah yang sedang kamu lakukan." tanya wartawan itu kepada pekerja itu.
"Aku sedang menghantar angkasawan ke angkasa." ringkas sahaja jawapnya.

Apakah yang dapat kita fikirkan dengan cerita tersebut. Cerita ini mungkin betul dan mungkin juga tidak betul. Tetapi kita masih boleh belajar sesuatu.

Apa itu...........fikirkanlah.......

Khamis, 22 April 2010

Mari Kita Mulakan Balik

Hampir setengah tahun saya tidak menulis. Walaupun sebenarnya kerja saya sememangnya menulis. Menulis laporan. Lama saya tidak menulis dalam blog ini. Memulakan semula adalah perkara yang amat berat hendak dilakukan. Untuk mendapat balik momentum adalah amat sukar sekali. Kata orang menulis tidak perlu tunggu "mood". Menulis tidak perlu tunggu momentum. Disiplin amatlah penting. Ada idea tetapi tidak ada disiplin tidak juga kemana. Azam saya hendak duduk menulis setiap malam sama ada saya ada idea atau tidak. Sebenarnya kalau saya membuka balik catatan lama, banyak idea yang telah saya catatkan. Saya hanya perlu membaca dan mengingatnya semula.

Sejak akhir-akhir ini saya banyak peluang untuk menghubungi rakan-rakan sekolah. Ada yang saya berpeluang berjumpa setelah 27 tahun berpisah. Rasa macam baru sahaja meninggalkan alam persekolahan. Bau sekolah masih lagi terasa.

Itu sebab blog ini baru-baru ini dipenuhi dengan gambar semasa sekolah. Mudah-mudahan kalau ada yang rasa mukanya dalam gambar bolehlah hubungi semula. Semuga tali silaturrahim dapat diperkukuhkan.