Rabu, 20 Jun 2007

Fikirkanlah

Tuhan telah menyuruh kita berfikir dalam ayat-ayatNya. Apa yang dapat kita pelajari dari binatang seperti semut, lebah dan nyamuk. Perkara yang diminta kita fikirkan adalah perkara biasa yang dapat kita lihat disekeliling. Tuhan menyuruh kita berjalan dimuka bumiNya dan mempelajari apa yang kita lihat. Inilah yang cuba saya lakukan memikirkan setiap kejadian, peristiwa dan apa yang dilihat. Cuba belajar dari setiap kejadian. Berkongsi dengan anda semua apa yang ada di dalam kotak fikiran saya. Walaubagaimanapun pemikiran saya ini tidak akan keluar dari pemikiran Islam. Mudah-mudahan ia memberi manafaat kepada saya dan juga anda semua.

Selasa, 19 Jun 2007

Permulaan Langkah Menuju Kejayaan

Hari ini saya mula mewujudkan blog sendiri setelah sekian lama memendam rasa dan belajar bagaimana hendak membina blog. Harapannya selepas ini bakat menulis yang selama ini terpendam akan mula digilap. Hari-hari mendatang akan merupakan hari yang penuh cabaran bagi saya. Kenapa saya namalan blog ini "fikirkanlah".



Tungguuuuu.......