Ahad, 9 Mei 2010

SUKARNYA HENDAK BERLAKU ADIL

Kes seorang pelajar berumur 15 tahun telah menjadi tajuk berita besar sejak akhir-akhir ini. Kita telah mendengar berbagai-bagai dakwaan dan pandangan dari perlbagai lapisan masyarakat. Rakyat bawahan sehinggalah ahli politik. Saya setuju ahli politik campurtangan kerana kerja mereka adalah mempastikan keadilan ditegakkan. Apa yang amat mengecewakan adalah kita hanya bercakap sahaja mengenai keadilan tetapi kita masih lagi dipengaruhi oleh sifat-sifat ahli politik yang bias.

Tidak perlulah kita bahaskan siapa yang lebih alim dan baik. Tidak perlulah kita menuding siapa yang bersalah. Setiap kejadian mestilah ada sebab musababnya. Kita tahu polis berhadapan dengan risiko kerja yang amat besar, bukan sahaja risiko nyawa tetapi juga risiko dalam membuat keputusan. Mereka mengambil keputusan berdasarkan situasi yang dialami. Orang lain boleh bercakap memberi pandangan tetapi mereka sendiri yang menghadapi situasi yang genting itu.

Yang penting kita bincangkan sama ada keputusan yang dibuat adalah betul pada masa itu. Tidak ada polis yang mahu membunuh manusia sewenang-wenangnya. Saya yakin polis yang menembak tentu berasa kesal.

Kita hendaklah memberi keadilan kepada polis juga.

Fikir-fikirkanlah..........

Tiada ulasan: