Rabu, 27 Mei 2009

MUHAMMAD SAW PUTERA LEMBAH BAKKAH

Tajuk: Muhammad SAW Putera Lembah Bakkah
Penulis: Zuraimi Ismail
Penerbit: Galeri Ilmu

Menariknya buku ini adalah cara sirah disampaikan. Ia disampaikan dengan cara bercerita. Ceritanya tidak terlalu berlebihan sehingga nampak kecacatannya. Ia amat menyentuh perasaan. Seolah-olah kita ada sama pada masa peristiwa tersebut berlaku. Kita dapat membayangkan apa yang dilalui oleh datuk dan ibu Nabi SAW. Tidak dapat hendak dibayangkan.

Sesuatu perkara sekiranya disampaikan dalam bentuk cerita lebih berkesan daripada semata-mata menyampaikannya dalam bentuk ilmu. Kita sudah melihat bagaimana buku-buku yang penulis Barat yang popular adalah buku-buku tentang ilmu pengurusan yang disampaikan dalam bentuk cerita. Ia lebih mudah difahami.

Fikirkanlah.......

2 ulasan:

Azemi Ali berkata...

Assalamualaikum

En. Tarmize,

Tak pergi ke pesta buku READ Malaysia kah? Saya baru pergi semalam bersama keluarga. Tak banyak penerbit yang turut serta tapi PTS antara booth yang paling besar.

Salam ukhwah

Tarmize berkata...

Terlupa dan tidak ada kesempatan walaupun rancangan asalnya memang nak pergi.